Showing posts with label Germany - Berlin. Show all posts
Showing posts with label Germany - Berlin. Show all posts

Sunday, 22 February 2015

Episode 22 ♥ Berlin, Germany


February 24, 2013; Sunday
Day 23

ke Berlin lagi kite... whoohooo... tak cukup 1-2 hari kat Berlin.. byk tempat2 sejarah yg kena jejak kat Berlin.. ni yg datang semula ke Berlin.. kali ni gerak dari Düsseldorf awal2 pagi.. amek train paling awal so bajet sampai Berlin dalam pukul 10-11 pagi mcm tu.. train amek masa 6 jam nak sampai ke Berlin.. tido lerrr kome dalam train.. tido tu tido gak tapi kena hati2 takut time tido ade pick pocket.. sembunyikan segala barang berharga dalam beg pastu pegang beg..

pukul 11.00 pagi macam tu dahhh sampai Berlin HBF.. lokasi pertama nak ke Berliner Fernsehturm (Berlin Tower) kena naik train dari Berlin Hauptbahnhof dan turun kat station Berlin Alexanderplatz..  tak jauh pun dari station Berlin Alexanderplatz nak ke Berliner Fernsehturm.. jalan kaki je tak sampai 5 minit dah sampai..

eh eh.. dah sampai kat KL tower??

depan Berliner Fernsehturm sambil nyanyi
lagu Negaraku..
kat atas tower ni ade restoran tapi tak mampulah den nak pi makan kat sane.. sedangkan kat KL Tower pun aku tak mampu p makan kat atas nun inikan pulak kat Berlin ahaahha.. makan kebab jek lah yg ku mampu ehehehhe.. Alhamdulillah dapat jugak makan daripada tak de makanan ye dak..? dah jom jom ade byk lagi tempat nak kena pegi.. hari ni 1 hari jek tawww kite jalan2 kat Berlin pastu nak blk Düsseldorf semula..

Next location kite ke Jüdisches Museum Berlin (JMB).. nak tengok sebina modern yang gempak itteww..  dari station Alexanderplatz aku google jek mcm mane nak ke JMB.. senang gilos.. follow ke google.. siap bg time, platform, train no berapa semua lengkap.. kalau tertinggal train/subway jgn risau reload semula nnt dia akan bg jadual train /subway seterusnya..

i follow.. tak yah takut sesat.. ahahha.. senang je kan zaman
sekarang ni kalau nak travel..

tengah2 jalan nak ke JMB ni tiba2 aku nampak ade satu kapel ni tengah jalan sambil pegang tangan.. tiba2 aku teremosi fulakk nokkk.. padahal sebelum ni bukannye tak penah tgk mat saleh jln pengang tangan lah comolot lah.. huhuhuhu.. nak taw pasaiapa? haaa acerr tengok pic kat bawah ni haaa..

ko tengok labu.. perbezaan lelaki mat saleh dengan lelaki melayu..

huhuhuhu.. mak cakap arwah abah dulu kalau pegi travel mane2 ngan mak memang takkan berenggang.. lakiku? nan hadoooo.. tu yg kadang2 hanginnnn satu badan.. opsss sorry teremosi fulak salah masuk forum lah.. ahahhaah *sila abaikan muahahaha..

hai encik anjing.. awak tak sejuk ke?

Jüdisches Museum Berlin

tak masuk pun dalam museum ni.. nak jimat2 duit yg hadooo..

Museum design by Architect Daniel Libeskind

elevation of JMB (modern building)

bird eye view of JMB
source: google

JMB ni merupakan salah satu museum Jewish terbesar di Eropah.. besar gilerrr muzium ni.. tak tau ape yg diisi kat dalam muzium ni.. tapi serius design sangat superb.. kalau nak tgk interior dia sila google.. serius ohsem!

kat area JMB ni sentiasi ade pengawal yg jaga dan memerhati.. pengawal tu dok perati jek kitaorg.. biasalah tempat2 mcm ni mmg agak sensitip sikit.. so diorg mmg kawal ketat.. tak selesa dengan keadaan ittewww kitaorg pun blah.. nak amek gambo pun tak selesa kot kalau dah diorg dok tgk2 pandang macam nak tembak orang jek gayanye.. nexttttt..... 

jalan..jalan.. dan jalannn.. dah sampai kat Checkpoint Charlie.. apakah itu Checkpoint Charlie? ingat tak sejarah tembok Berlin yg aku ade cite sebelum ni? kalau tak hengat sila klik  Episode 19 ♥ Berlin, Germany
dah hengat? ok.. Checkpoint Charlie terletak kat Friedrichstraße dan merupakan pintu ke-3 untuk askar dan para diplomat untuk keluar dan masuk ke East Berlin. Nak masuk kena register la dulu mcm tu.. checkpoint pertama terletak di Helmstedt (Checkpoint Alpha atau Checkpoint A), checkpoint kedua letaknya di Dreilinden (Checkpoint Bravo atau Checkpoint B) dan Checkpoint Charlie atau Checkpoint C terletak di Friedrichstrasße .. Checkpoint Charlie la yang paling dekat untuk pelancong datang tengok.. checkpoint A & B tu agak jauh dari kawasan pelancongan sebab tu Checkpoint Charlie jadi tumpuan..

Haus Am Checkpoint Charlie

seperti biasa aku tak masuk pun dalam muzium ni.. huhuhu

Berlin - Checkpoint Charlie 1963" by Roger Wollstadt
pic source: http://en.wikipedia.org/wiki/Checkpoint_Charlie
Checkpoint Charlie 2013
signboard paling femes.. semua orang nak amek gambo dia..
mengalahkan retis hehhehe

ok dah jom jalan lagik.. jalan.. jalan.. jalan.. kali ni kite jalan dan menyusuri tembok Berlin yang masih kekal dan tidak dirobohkan..

sebahagian tembok Berlin yang masih ada..


Station Potsdamer Platz yang dulunye merupakan salah satu ghost station.

yang putih putih menempek tu adalah spesis chewing gum. sekian.

Tembok Berlin sekarang jadi tembok sejarah.. baca je sejarah tembok Berlin
ni kat tembok ni sendiri.. 
mari berjalan lagik.. kali ni pusing Berlin jalan kaki jek.. huhuuhu.. jalan.. jalan eh terrlalu kat Brandenburger Tor.. memang jalan dan redah untuk sampai ke train station pastu terus balik ke Düsseldorf.. tapi sambil2 tu google gak la tempat2 menarik yang sama jalan nak ke train station.. so dah jimat masa..

posing sikitttt..

Berliner Dom.. kalau summer ni syok gak minum2 kopi kat tepi sungai ni..

Alte Nationalgalerie (Old national gallery)

Alte Nationalgalerie ni pun tak jauh dari Berliner Dom

Fuhhhh fenat seyyyyhhh berjalan satu Berlin dalam keadaan cuaca sejuk.. kaki pun macam tak larat nak melangkah.. huhuhu tapi ku tetap gagahkan diri.. jalan jalan dan jalan pastu bila nampak train station Berlin fuhhh rasa lega yang amat wehhh.. boleh duduk dan tido dalam train yuhuhuhuuu...

Sunday, 1 February 2015

Episode 19 ♥ Berlin, Germany

huaghhhhh... jenuh nak abiskan siri pengembaraan 30 hari ni.. uhuks... makan tahun nak abis kui kui.. kalau tak box office tak tau lah ahakahahhaa... ko hengat ko sape? producer film? muahahaha ok dah sambung citer...


February 20, 2013; Wednesday
Day 20

kami ke East Germany pulak.. east Germany yg berani masuk cume Berlin je.. yg lain2 macam Dresden, Lubeck, Leipzig, Potsdam (planning awal mmg nak masuk area ni sbb nak tgk building under UNESCO tp atas nasihat org2 muslim di West German mereka tak galakkan masuk.. kalau tak masuk lagi bagus).. sebab ape? sbb masa World War II east Germany diperintah oleh Soviet so sampai sekarang diorg ni agak racist.. hanya orang2 German je yg ada.. kalau kitaorg masuk sah2 kulit jawa hidung kemek tak de rupa mat saleh langsung.. kompom senang detect.. so cancel.. tak berani masuk.. kang jadi ape2 sape nak jawab? .. lainlah kalau ade org German yg bawak kitaorg masuk.. ni tak de sape kitaorg berdua jek.. huhuuh.. Berlin je ok sbb dah jadi tempat pelancongan dan bandar besar.. yg lain2 tu bandar kecik (kecik tu tak kecik la tp tak sebesar Berlin).. 

macam mane aku nak cite ek sejarah German ni?.. hurmmm kalau nak citer boleh buat buku teks ni ekekekke... ok lah aku ringkaskan ikut pemahaman aku lah.. kalau nak tau lebih detail dan tepat sila google wikipedia.. uhuks..


peta German. German terbahagi 2 iaitu West Germany & East Germany.
West Germany: British sector, French sector & American sector.
East Germany : Soviet sector.

Dah tengok peta dah? ok.. kan german terbahagi 2 (West & East).. dalam East Germany ade Berlin.. Berlin pun terbahagi 2 (West Berlin & East Berlin)..  belah West mengamalkan dasar pintu terbuka sebab tu ade British sector, French sector & American sector.. Berlin kan terletak kat tengah2 East Germany.. so untuk memisahkan kawasan antara West Berlin dengan East Berlin makan dibinanya Tembok Berlin.. jap lagi aku sambung sejarah tembok Berlin pulak ye..

Dari Kiel kami sampai di Berlin dah nak maghrib.. sampai2.. perghhh.. gile lah.. punyelah besar station Berlin.. nak tau mcm mane rupenye? cerrr tgk movie 'Unknown' bahagian last sekali.. keluar je dari station hari dah gelap so terus menuju ke hotel.. hotel A & O Berlin tak jauh dari station Berlin.. lebih kurang 15 minit jalan kaki.. walaupun 15 minit tp dah berjalan dalam sejuk mmg menggigil2.. terketaq2.. bila check suhu amekawww -4°C!

sampai2 bilik letak barang.. mandi2 siap2 nak keluar carik makan.. lapo wooo... terasa mcm tak nak keluar sbb sejuk sangat tapi perut lapo.. terpaksalah keluar jugak.. tak tau nak carik makan kat mana last2 pegi semula kat Berlin Hauptbahnhof sbb tadi ade ternampak kedai makan halal.. 

inilah santapan kitaorg utk makan malam..
sampai2 hotel terus minta password utk wifi dalam bilik.. patutnya kena bayo sejam 5€  tapi bro yg kat reception tu bg free wifi utk kitaorg.. wah save! tengok gaya bro tu mcm india malaysia .. ntah2 mmg betul org malaysia sbb tu dia baik hati bagi free wifi.. kikiki.. 


February 21, 2013; Thursday
Day 20

view dari dalam bilik

-2°C patutlahhhh mengigil2 mak jemah.. ni belum keluar lagi dah sejuk.. kat luar? huhuhuhu terasa mcm malas + tak sanggup nak redah kesejukan.. tapi dah sampai kottt takkan nak memeram dalam bilik rugi woooo... gigihkan diri untuk keluar.. ke mana kite? ke Berliner Mauer (Berlin wall memorial)..

inilah dia Tembok Berlin yang memisahkan antara West Berlin dengan East Berlin..

aku berdiri di kawasan East Berlin.. rumah2 belah belakang tu termasuk dalam kawasan
West Berlin..

Tembok Berlin ni di bina sebagai sempadan antara West dengan East.. maksudnya kalau tengok pada peta Berlin tembok ni akan kepung West Berlin (korang paham tak ape yg aku cuba sampaikan ni?) kalau pada gamba ni the other side yg ade bangunan tu adalah West Berlin.. dan kawasan yg aku berdiri ni adalah East Berlin..

ç
time tu sape yg duduk dalam East Berlin mmg terseksa dengan pemerintah (Soviet sector a.k.a komunis).. penduduk West Berlin pulak hidup aman damai sbb tu ramai dari East Berlin nak larikan diri dan nak masuk dlm kawasan West.. tapi ingat senang? mmg tak lepas .. separuh jalan dah mati kena tembak.. kebanyakkannya lom sampai kt tembok tu, silap2 baru sampai kt tempat aku berdiri tu diorg dah kena tembak.. sbb setiap point ade watch tower iaitu pengawal yang akan kawal untuk pastikan takde sesiapa pun terlepas masuk kedalam kawasan West Berlin.. ada jugak yg bunuh diri sbb tak sanggup hidup terseksa..

Berliner Mauer (tembok Berlin).. yg tengah2 tu temboknye dah di alihkan..

antara wajah2 yang terkorban..

Ghost station
macam ni lah rupenye dalam Ghost station

Ghost station jeng jeng jeng.. adakah station ini berhantu? owh bukan bukan bukan berhantu.. ghost station bermaksud station yang keretapinya tak akan berhenti (tahun 1961)... maksudnya selepas Berlin terbahagi 2 maka station keretapi yg berada di dalam kawasan East tidak membenarkan keretapi berhenti di setiap station (dalam kawasan East Berlin) untuk mengelakkan penduduk East Berlin melarikan diri.. tapi keretapi yg lalu kat setiap station di dalam kawasan East kena perlahankan kelajuan.. lepas keretapi ni keluar dari kawasan East baru boleh berhanti kat station seterusnya.. tak paham? cuba tengok map kat bawah ni..

keretapi yang lalu kat dalam kawasan East Berlin tak dibenarkan berhenti..
lalu je.. sebab tu station keretapi yg kt dalam kawasan East di panggil
Ghost station..

meneruskan perjalanan dari Berliner Mauer ke station Friedrichstraße Bhf (10 minit) menuju ke Bode-museum (10 minit berjalan dari station).. tak masuk pun dalam muzium janji dapat tgk senibinanya pun dah cukup..

Bode-museum
Architectural style: Baroque Revival Architecture 

moh kite berjalan lagik.. kite ke Reichstagsgebäude (Reichstags Building a.k.a German Parliament).. pun tak jauh dari Bode-museum lebih kurang 15 minit jalan kaki.. dari Reichstags nak ke Brandenburger Tor pun dah tak jauh..

Reichstags building

Nampak tak dome kat belakang Reichstags building ni? dome tu architectnye adalah Sir Norman Foster! dome ni kira baru dibina dalam tahun 1999 kalau tak silap.. masa belajar dok dengar nama Norman Foster disebut2.. mmg arkitek agung terhebat!

View dari dalam dome. tapi tak boleh masuk daaaa...
pic source: Google

Brandenburger Tor kat depan tu jek.. jom gerak.. eh eh ade kedai souvenir lah.. singgah jap.. haaa kat sini lah aku beli serpihan batu tembok Berlin.. serpihan batu pon beli? hehehehe bisnes maaa.. diorg pecahkan serpihan yg ade lukisan pastu jadikan sebagai fridge magnet.. pastu aku pun beli.. bukan murah.. mahal gak uhuuuiii..

Brandenburger Tor 

masa kat Brandenburger Tor ni mcm biasalah kalau dah namanye kawasan tumpuan pelancong ade lah yang berbisnes.. diorg pakai uniform askar german pastu kalau nak amek gambo dengan diorg kena bayar 10€.. yarhuhuhu tak nak aku.. jimat2 duit yg ade hokeh..

Berlin banyak tempat2 menarik tapi dalam masa 1 hari mmg tak dapat nak cover semua.. kitaorg terpaksa blk mlm ni jugak utk jimat kos.. sbb kalau stay lagi kat Berlin duit hotel nak kena tambah.. hotel kat Berlin agak mahal walaupun hotel yg sama tempat kitaorg duduk kat Düsseldorf.. Berlin bandar besar dan tempat tumpuan pelancong harga pun mahal lah.. lagipun nak tukar baju weh.. ini rahsia aku bgtau.. shyyy jgn bgtau sesape tawww... sejak dari kat Bremen sampai ke Hamburg sampai ke Neumünster sampai ke Kiel sampai ke Berlin aku pakai baju yg sama.. perasan tak? huhuhuhu.. perjalanan yg tak di rancang baju pun tak bawak.. redah jek.. bukan orang tau pun aku tak salin baju.. kan kan kan.. hehhhehhe.. planning asal nak jumpa Abg Lepat kat Bremen lepas tu blk Düsseldorf tapi akhirnye melarat2 sampai ke Berlin.. hehehe barulah jadi backpacker .. tak gittewww?? 

dalam train balik ke Düsseldorf mmg membuta jelah kejenye... penat kot berhari2 berjalan non-stop.. aku tengah menaip skang ni pon rasa mcm lenguh kaki ahahahhaha... eh eh panjang pulak entry kali ni.. nnt kitaorg datang semula ke Berlin.. daaaaa...