Sunday 17 February 2013

Episode 5 ♥ misi mencari bilik untuk disewa di Düsseldorf

February 6, 2013 ; Wednesday
Day 5

Hari ni tak de plan nak g jalan mane2.. hari ni tugasan adalah mencari apartment utk disewa selama sebulan.. sbb harga sewa apartment lagi murah kalau compare sewa hotel yg dikira by hari.. keputusan saat2 akhir disebabkan oleh perancangan berubah 360º... setiap hari berdoa supaya diberikan tempat tinggal yang selamat dan selesa... berharap segalanya dipermudahkan dan berjalan lancar..amin..

Eh eh pagi ni turun snow lahhh... putih je jalan depan hotel ni... breakfast minum hot choc je dlm bilik...

View dari dalam bilik hotel

Schalke fc vs maggi asam laksa
Hihi


9.30 am
Terus menuju ke tourist information centre berhampiran dengan hauptbahnhof nak tanye list of apartment for rent.. emmm.. sampai2 sane diorg bg list agen yg boleh dihubungi untuk sewa apartment..mcm tak membantu sgt.. sbb nak kena call 1 by 1 untuk tanye harga dan masalah komunikasi sbb kebanyakkan org German tak boleh bercakap dalam bahasa Inggeris.. so terus call agent yg aku dapat hasil dari aktiviti meng'google semalam.. setelah call harga sewa 400€ + charges fee 25% around 100€ = 500€.. kira ok la tu 500€ dah boleh save duit hampir separuh kalau bayar hotel..

Balik hotel dulu dan try cari lain... singgah breakfast kt tempat biasa Ruda Snack.. tanye emmm  sape ek nama dia? Tak penah tanye pun.. ok nnt try tanye.. tanya pendapat kalau apartment sebulan 500€ ok tak? Dia cakap ok dan tak terlalu mahal.. pastu tanye lagi.. 'why dresden no good?' Dia pun bagitau 'Dresden.. muslim no good.. tourist no good.. only german people there..' ooo ok paham... Dresden ni masuk dalam wilayah eastern germany so org2 di eastern germany agak bersifat perkauman yg sangat kuat.. kalau tourist takde tour guide mcm bahaya sikit la.. emmm.. mcm tak berani pulak nak masuk Dresden..

Dapat teh 'o' panas free setiap kali singgah makan sini..
Kita org je dapat.. org lain dia tak bagi pun..
Alhamdulillah.. danke..

Sampai lobby hotel hantar email ke agen apartment di Unterrath bgtau kami berminat nak sewa..setelah dapat balasan email dari agent bgtau apartment tu untuk single dan dia suggest beberapa apartment utk 2 persons.. haiya dalam iklan cakap boleh sewa utk 2 orang.. senarai apartment yg dia bg tu lokasi mcm jauh pulak plus harga 700€++ .. nak save punye pasal ok la.. pilih apartment yg paling dekat dengan stesen ketapi.. senang sikit nak kemana2.. sementara tunggu jawapan kita org try lagi berusaha mencari budget hotel / hostel yg paling murah.. hostel untuk 4 org dalam 1 dorm dan shared bathroom.. emmm takkan nak duduk campur dengan ntah sape2 pulak..bukan ape leceh la nak tukar baju, tido, baring dan nak solat..last minute beb mmg takde yg murah.. hotel yg paling murah adalah hotel yg kita duduk sekarang ni A & O Hotel.. try check harga untuk super saving rate selama 22 malam.. harga 840€ .. eh..murah pulak..beza sikit je kalau compare duduk apartment.. gedebak gedebuk setelah dihitung tolak campur bahagi adalah lebih baik duduk kat hotel ni je terus.. 2 hari sebelum laki aku dah email kawan dia Georg yg duduk kt Hannover nak mintak tolong tumpang tido..tapi baru hari ni dia reply..tu pun dia cakap dia takde kat Hannover...emmm mmg tak leh buat ape.. laki aku try contact kawan dia lagi sorang Domain tapi dia duduk kat Slovania..jauh la pulak.. setelah seharian berfikir kita mesti berdikari dan tak perlu nak susahkan orang nak tumpang tido ke hape ke.. ye laaa kite kena faham jugak situasi org tu kot2 dia ade keje ke ape ke kannn...?.. ok proceed booking hotel ni je terus..lagipun dah beberapa hari kat sini dah selesa pulak dengan environment kat sini..

Tak lama lepas aku booking hotel ni, agent apartment ni reply email.. unfortunedly , landlady of the apartment tak nak sewakan utk sebulan.. it's ok tak pe..
Setel hal accomodation.. lega.. Alhamdulillah..

*lepas ni kalau nak g travel yg agak lama kena cari dan booking apartment awal2.. sbb kt europe diorg boleh bagi sewa apartment untuk seminggu/2 minggu/sebulan.

No comments:

Post a Comment