Sunday, 8 March 2015

Episode 24 ♥ Donzdorf to Stuttgart, Germany

February 26, 2013; Tuesday
Day 25

Hari semakin hampir nak pulang ke tanah air.. masa untuk laki aku shopping pulak.. kitaorg pun gerak ke Donzdorf.. nak ke Donzdorf kena benti kat Süsßen HBF (3 jam lebih perjalanan).. dari Süßen kena naik bas nak ke Donzdorf.. hurmmm... Donzdorf pekan yang agak kecik.. sampai2 mmg tak de orang tapi nasib baik ade bas.. bgtau kat pak cik driver tu nak ke tempat yang dituju mmg mcm ayam dengan itik .. tak kisah lah ayam ke itik ke janji perkara yang nak disampaikan tu sampai ke pak cik bas tu.. dari stesen Süßen nak ke Donzdorf agak jauh gak kalau nak berjalan kaki..

sampai satu tempat perhentian tu aku rasa pak cik driver bas tu cuba menyampaikan sesuatu kat kitaorg .. pemahaman akulah kan aku rasa pak cik tu nak bgtau kitaorg dah sampai n suruh kiraorg turun.. tapi aku tgk laki aku mcm agak kondifen nak turun depan lagi.. aku ok je sbb aku mmg tak tau jalan nak ke kedai yg dia nak pegi tu (mmg tak amek tau pun..)..

Last2 aku perasan mcm bas ni nak patah semula ke stesen tadi or atau nak ke tempat yg lagi jauh kot.. sbb laki aku ckp kedai tu tak jauh sangat pun.. sebelum bas gerak lagi jauh kitaorg pun turun.. aku dapat rasakan perkara yang disampaikan kat pak cik driver bas td tu mmg sampai dan maklumat yang disampaikan oleh pak cik tu kat kitaorg pun sampai sebenarnye cume laki aku je tak pick up.. muahahahha..

dahhhh terpaksa berjalan kaki .. jauh weh.. dengan sejuk.. adeh.. tapi last2 sampai jugakkkk...

ni lah tempat shopping laki aku..

Nuclear Blast Shop @ Donzdorf

snow lebat..

meredah snow
masa mula2 sampai sini tak de snow pon.. sampai Nuclear Blast Shop laki dok membelek punyelah lama.. bila keluar tgk2 eh snow lebat.. dah putih je semua.. tebal pulak tu.. fuhh.. nak meredah jalan kaki dalam snow yg agak lebat nak tunggu bas .. tapi nasib kitaorg baik.. jalan tak jauh sangat sbb dah nampak bas.. ape lagik.. berlarilah kejo bas takut tertinggal kang haaaa nak kena tunggu bas lagi dalam sejuk2 gini.. fuh..


Süßen HBF macam stesen ketapi kt Segamat jek hehhe
Dari Donzdorf singgah jap kat Stuttgart lebih kurang 1 jam perjalanan.. lagi pun lom jalan lagi kat Stuttgart.. kat Stuttgart planning nak jalan kat Mercedes-Benz museum & Schlossplatz..

kitaorg tak turun kat Stuttgart hauptbahnhof (main station) sebab jauh kalau nak ke Mercedes-Benz museum.. stesen paling dekat turun kat Neckarpark (Mercedes-Benz) jalan kaki cume 13 minit.. walaupun kedengaran 13 minit tu mcm dekat tp kalau dah jalan kaki meredah snow terasa macam 13 jam gitu kekdahnye.. mmg tak jauh pun.. 

building dia wallawehhh..

jom layan gambo.. aku pun tak tau nak tulis pebende lagi dah muahahha... bila tengok putih bersesepah dah terasa macam tepung baru ayak huhuuu.. tak pun macam Chef Wan selalu buat tu yg dia tabur gula icing kat atas kek uhuk..

hidong kembang kempis menahan sejuk oii..






dah jom gerak nak ke Schlossplatz pulak.. hadoiyaiii.. bila nak patah balik ke stesen tu rasa macam letih sangat.. tak larat dah rasa nak berjalan.. rasa macam jauhhhhh jek... huaaaaaa.... gagahkan jugak.. jalan pelan2 lama sampai.. legaaaa cek rasa..

sampai kat Stuttgart Hauptbahnhof nak ke Schlossplatz lebih kurang 6 minit jalan kaki.. huaaaa 5 minit pun dah terasa jauh sakng ni sebab dah terasa penat yang amat.. jalan lah jugak slow2.. tp kat sini tak terasa penat sebab sepanjang jalan ni ade kedai2.. hahahaha.. boleh cuci mata skit.. singgah kejap kat tourist information belek2 souvenir yang ade.. tak banyak pun.. tp mataku tertangkap sama replica kete Mercedes-Benz AMG.. hahahha.. tapi sabo dulu jgn beli dulu. jalan2 dulu.. kot2 jumpa yang lagi best.. 

baca sendirilah yek.. hehehe

winter takde laa orang nak melepak kat park ni hehehe


air pancut pon beku uollssss ahahaha

time ni aku tak tau laki aku dok belah mane..

laki hilang? hohoho.. aku yg tak larat nak follow laki aku.. laki aku ni jenis tak de planning dalam hotak.. pegi sane.. pastu patah balik sini pastu pegi sane pulak.. letih kot nak ikut!! aku biasa akan planning dulu dlm kepala.. ok mula nak ke sana.. otw nak ke sana aku dah pikir nak kemana dulu so tak de lah nak patah balik sane sini.. kan dah buang masa kalau tak de planning namanye tu.. lagi penat pun ye jugak.. last2 dia pegi mane dia nak suka.. aku ikut arah mane aku suka.. dia ke hujung sane aku ke hujung sini.. jalan sorang2 lagi best.. sakit hati! (sambil nyanyi lagu citata sakitnya tuh disini.. alallaa) 


konon nak cari souvenir lah kat sini..

aku pun merewanglah kat area ni konon nak cari souvenir.. ade gak lah kedai jual tp tak byk dan tak byk pilihan.. pusing2.. tp tak de yg best.. tp aku tetap gagah nak cari jugak walaupun 1.. tapi. nan hadoooo.. kuciwa...





tugu ape ek.. aku pun tak ingat dah..


tengok mataku yang dah letih huhuhuhu..

posing punye posing eh boleh pulak terjumpa laki aku kat tugu ni.. dari mana dia datang ntah aku pun tak tau.. laki pun dah jumpa jom p carik souvenir lagi sekali.. tak de weh.. last2 pegi balik kat tourist information.. aku grab Mercedes-Benz AMG.. replica pun replica lah mana tau kot2 dia bertukar jadi beso kan kan.. ahhahaha...

ok dah nak blk.. kompom tido dalam train.. zzzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment