Sunday 1 February 2015

Episode 19 ♥ Berlin, Germany

huaghhhhh... jenuh nak abiskan siri pengembaraan 30 hari ni.. uhuks... makan tahun nak abis kui kui.. kalau tak box office tak tau lah ahakahahhaa... ko hengat ko sape? producer film? muahahaha ok dah sambung citer...


February 20, 2013; Wednesday
Day 20

kami ke East Germany pulak.. east Germany yg berani masuk cume Berlin je.. yg lain2 macam Dresden, Lubeck, Leipzig, Potsdam (planning awal mmg nak masuk area ni sbb nak tgk building under UNESCO tp atas nasihat org2 muslim di West German mereka tak galakkan masuk.. kalau tak masuk lagi bagus).. sebab ape? sbb masa World War II east Germany diperintah oleh Soviet so sampai sekarang diorg ni agak racist.. hanya orang2 German je yg ada.. kalau kitaorg masuk sah2 kulit jawa hidung kemek tak de rupa mat saleh langsung.. kompom senang detect.. so cancel.. tak berani masuk.. kang jadi ape2 sape nak jawab? .. lainlah kalau ade org German yg bawak kitaorg masuk.. ni tak de sape kitaorg berdua jek.. huhuuh.. Berlin je ok sbb dah jadi tempat pelancongan dan bandar besar.. yg lain2 tu bandar kecik (kecik tu tak kecik la tp tak sebesar Berlin).. 

macam mane aku nak cite ek sejarah German ni?.. hurmmm kalau nak citer boleh buat buku teks ni ekekekke... ok lah aku ringkaskan ikut pemahaman aku lah.. kalau nak tau lebih detail dan tepat sila google wikipedia.. uhuks..


peta German. German terbahagi 2 iaitu West Germany & East Germany.
West Germany: British sector, French sector & American sector.
East Germany : Soviet sector.

Dah tengok peta dah? ok.. kan german terbahagi 2 (West & East).. dalam East Germany ade Berlin.. Berlin pun terbahagi 2 (West Berlin & East Berlin)..  belah West mengamalkan dasar pintu terbuka sebab tu ade British sector, French sector & American sector.. Berlin kan terletak kat tengah2 East Germany.. so untuk memisahkan kawasan antara West Berlin dengan East Berlin makan dibinanya Tembok Berlin.. jap lagi aku sambung sejarah tembok Berlin pulak ye..

Dari Kiel kami sampai di Berlin dah nak maghrib.. sampai2.. perghhh.. gile lah.. punyelah besar station Berlin.. nak tau mcm mane rupenye? cerrr tgk movie 'Unknown' bahagian last sekali.. keluar je dari station hari dah gelap so terus menuju ke hotel.. hotel A & O Berlin tak jauh dari station Berlin.. lebih kurang 15 minit jalan kaki.. walaupun 15 minit tp dah berjalan dalam sejuk mmg menggigil2.. terketaq2.. bila check suhu amekawww -4°C!

sampai2 bilik letak barang.. mandi2 siap2 nak keluar carik makan.. lapo wooo... terasa mcm tak nak keluar sbb sejuk sangat tapi perut lapo.. terpaksalah keluar jugak.. tak tau nak carik makan kat mana last2 pegi semula kat Berlin Hauptbahnhof sbb tadi ade ternampak kedai makan halal.. 

inilah santapan kitaorg utk makan malam..
sampai2 hotel terus minta password utk wifi dalam bilik.. patutnya kena bayo sejam 5€  tapi bro yg kat reception tu bg free wifi utk kitaorg.. wah save! tengok gaya bro tu mcm india malaysia .. ntah2 mmg betul org malaysia sbb tu dia baik hati bagi free wifi.. kikiki.. 


February 21, 2013; Thursday
Day 20

view dari dalam bilik

-2°C patutlahhhh mengigil2 mak jemah.. ni belum keluar lagi dah sejuk.. kat luar? huhuhuhu terasa mcm malas + tak sanggup nak redah kesejukan.. tapi dah sampai kottt takkan nak memeram dalam bilik rugi woooo... gigihkan diri untuk keluar.. ke mana kite? ke Berliner Mauer (Berlin wall memorial)..

inilah dia Tembok Berlin yang memisahkan antara West Berlin dengan East Berlin..

aku berdiri di kawasan East Berlin.. rumah2 belah belakang tu termasuk dalam kawasan
West Berlin..

Tembok Berlin ni di bina sebagai sempadan antara West dengan East.. maksudnya kalau tengok pada peta Berlin tembok ni akan kepung West Berlin (korang paham tak ape yg aku cuba sampaikan ni?) kalau pada gamba ni the other side yg ade bangunan tu adalah West Berlin.. dan kawasan yg aku berdiri ni adalah East Berlin..

ç
time tu sape yg duduk dalam East Berlin mmg terseksa dengan pemerintah (Soviet sector a.k.a komunis).. penduduk West Berlin pulak hidup aman damai sbb tu ramai dari East Berlin nak larikan diri dan nak masuk dlm kawasan West.. tapi ingat senang? mmg tak lepas .. separuh jalan dah mati kena tembak.. kebanyakkannya lom sampai kt tembok tu, silap2 baru sampai kt tempat aku berdiri tu diorg dah kena tembak.. sbb setiap point ade watch tower iaitu pengawal yang akan kawal untuk pastikan takde sesiapa pun terlepas masuk kedalam kawasan West Berlin.. ada jugak yg bunuh diri sbb tak sanggup hidup terseksa..

Berliner Mauer (tembok Berlin).. yg tengah2 tu temboknye dah di alihkan..

antara wajah2 yang terkorban..

Ghost station
macam ni lah rupenye dalam Ghost station

Ghost station jeng jeng jeng.. adakah station ini berhantu? owh bukan bukan bukan berhantu.. ghost station bermaksud station yang keretapinya tak akan berhenti (tahun 1961)... maksudnya selepas Berlin terbahagi 2 maka station keretapi yg berada di dalam kawasan East tidak membenarkan keretapi berhenti di setiap station (dalam kawasan East Berlin) untuk mengelakkan penduduk East Berlin melarikan diri.. tapi keretapi yg lalu kat setiap station di dalam kawasan East kena perlahankan kelajuan.. lepas keretapi ni keluar dari kawasan East baru boleh berhanti kat station seterusnya.. tak paham? cuba tengok map kat bawah ni..

keretapi yang lalu kat dalam kawasan East Berlin tak dibenarkan berhenti..
lalu je.. sebab tu station keretapi yg kt dalam kawasan East di panggil
Ghost station..

meneruskan perjalanan dari Berliner Mauer ke station Friedrichstraße Bhf (10 minit) menuju ke Bode-museum (10 minit berjalan dari station).. tak masuk pun dalam muzium janji dapat tgk senibinanya pun dah cukup..

Bode-museum
Architectural style: Baroque Revival Architecture 

moh kite berjalan lagik.. kite ke Reichstagsgebäude (Reichstags Building a.k.a German Parliament).. pun tak jauh dari Bode-museum lebih kurang 15 minit jalan kaki.. dari Reichstags nak ke Brandenburger Tor pun dah tak jauh..

Reichstags building

Nampak tak dome kat belakang Reichstags building ni? dome tu architectnye adalah Sir Norman Foster! dome ni kira baru dibina dalam tahun 1999 kalau tak silap.. masa belajar dok dengar nama Norman Foster disebut2.. mmg arkitek agung terhebat!

View dari dalam dome. tapi tak boleh masuk daaaa...
pic source: Google

Brandenburger Tor kat depan tu jek.. jom gerak.. eh eh ade kedai souvenir lah.. singgah jap.. haaa kat sini lah aku beli serpihan batu tembok Berlin.. serpihan batu pon beli? hehehehe bisnes maaa.. diorg pecahkan serpihan yg ade lukisan pastu jadikan sebagai fridge magnet.. pastu aku pun beli.. bukan murah.. mahal gak uhuuuiii..

Brandenburger Tor 

masa kat Brandenburger Tor ni mcm biasalah kalau dah namanye kawasan tumpuan pelancong ade lah yang berbisnes.. diorg pakai uniform askar german pastu kalau nak amek gambo dengan diorg kena bayar 10€.. yarhuhuhu tak nak aku.. jimat2 duit yg ade hokeh..

Berlin banyak tempat2 menarik tapi dalam masa 1 hari mmg tak dapat nak cover semua.. kitaorg terpaksa blk mlm ni jugak utk jimat kos.. sbb kalau stay lagi kat Berlin duit hotel nak kena tambah.. hotel kat Berlin agak mahal walaupun hotel yg sama tempat kitaorg duduk kat Düsseldorf.. Berlin bandar besar dan tempat tumpuan pelancong harga pun mahal lah.. lagipun nak tukar baju weh.. ini rahsia aku bgtau.. shyyy jgn bgtau sesape tawww... sejak dari kat Bremen sampai ke Hamburg sampai ke Neumünster sampai ke Kiel sampai ke Berlin aku pakai baju yg sama.. perasan tak? huhuhuhu.. perjalanan yg tak di rancang baju pun tak bawak.. redah jek.. bukan orang tau pun aku tak salin baju.. kan kan kan.. hehhhehhe.. planning asal nak jumpa Abg Lepat kat Bremen lepas tu blk Düsseldorf tapi akhirnye melarat2 sampai ke Berlin.. hehehe barulah jadi backpacker .. tak gittewww?? 

dalam train balik ke Düsseldorf mmg membuta jelah kejenye... penat kot berhari2 berjalan non-stop.. aku tengah menaip skang ni pon rasa mcm lenguh kaki ahahahhaha... eh eh panjang pulak entry kali ni.. nnt kitaorg datang semula ke Berlin.. daaaaa...

No comments:

Post a Comment