Wednesday 23 January 2013

Ramalan kaji cuaca Amsterdam - Germany

Amsterdam, 2 February 2013

dalam keadaan risau bila dengar berita flight di sekitar Eropah byk yg cancelled disebabkan cuaca buruk dan salji tebal aku pun check ramalan kaji cuaca di Amsterdam pada tarikh aku akan sampai di sana. emmmm.. bila tengok cuaca kat sane so far Alhamdulillah tak teruk sangat. mungkin yg paling teruk salji tebal di sekitar UK. Amsterdam dan Germany so far aku check still ok macam aku kat Holland dulu. InsyaAllah flight kami tak delay. amin..

alang2 dah tengok weather forecast kt Amsterdam apa kata jom tengok sekitar Germany pulak.. hihihi

Duselldorf, Germany - 2 February 2013

Kami dijangka sampai di Dusseldorf Airport, Germany pada jam 10.00 am.. gedebak gedebuk amek luggage + tunggu train dari Airport ke Dusseldorf Town mungkin sampai dalam tengah hari. kami akan stay di Dusseldorf selama 4-5 hari sbb dari Dusseldorf kami akan round byk tempat disekitar Dusseldorf temasuk Brussel, Belgium. Mengikut ramalan cuaca kt sane selama kami berada di sana emmmm nampaknye mendung dan hujan renyai2... dan mungkin pada 5 February 2013 akan turun snow...

Hanover, Germany - 5 February 2013

Hanover akan bersalji pada 5 February 2013.. kami akan stay di Hanover kemudian akan ke Bremen dan Hamburg untuk 1 day trip. 

Hamburg, Germany - 7 February 2013

Kami mungkin berada di Hamburg pada 7 February 2013 dan mungkin ade matahari... alaaa kalau ade matahari pun tak rase panas pun.. time ni laaa akan rindu matahari kat Malaysia.. betulll.. aku dah rasa masa kat Holland dulu.. berdiri tengah panas tapi tak rasa pun matahari.. mmg time tu rindu gilerr kat matahari Malaysia.. time tu baru terfikir 'patutlaaaa mat saleh datang Malaysia suka sangat berjemur' sbb kt tempat diorg walaupun berjemur bawah matahari tapi tak rasa panas walaupun summer tak se'best matahati kat Malaysia hehehhe..

Berlin, Germany - 8 February 2013

Di Berlin kami akan ke Potsdam, Dessau, Weimar dan kemudian akan ke Dresden. so far tengok keadaan cuaca kebanyakannya mendung di semua tempat. Dari Dresden kami akan masuk ke Czech Republic menuju ke Prague. cerrr tgk cuaca kt Prague mcm mane pulak....

Prague, Czech Republic - 14 February 2013

Prague cuaca 6-7 darjah celcius tak berapa sejuk.. mcm kt Itali dulu... sejuk tapi still boleh tahan... dari Prague akan masuk semula ke German menuju ke Munich dan jelalah ke kawasan sekitar. 

okeh setakat sehingga 16 February 2013 je yg dapat diramalkan keadaan cuaca oleh AccuWeather.com.  kesimpulannya keadaan cuaca mendung dan tiada heavy snow. semoga berjalan lancar aminnnn...





No comments:

Post a Comment